Imam Di Kota Paris: Rifa’a A-l-Tahtawi

Isi pati buku ni tentang pengalaman seorang ulama dan Imam dari Universiti Al-Azhar yang bernama Rifa’a al-Tahtawi.Dihantar ke Perancis selama 5 tahun yakni dari tahun 1826-1831 oleh pemerintah/gabenor Mesir yang bernama Muhammad Ali Pasha.Antara travelog yang hebat dan banyak ilmu yang boleh kita dapat dari awal hingga ke akhir buku.

Muhammad Ali Pasha ni asalnya bukan dari golongan bangsawan pun.Tak pandai membaca dan menulis sehingga dewasa.Terpaksa bertahan untuk hidup.Tapi bila ada kuasa dan dilantik sebagai pemerintah,perkara yang terbaik dilakukan oleh beliau adalah menghantar seramai 311 orang pelajar Mesir ke Perancis,Itali,England dan Austria untuk belajar tentang negara-negara Eropah ni.Maksudnya,dibawah kepimpinan beliau,Mesir seperti Dinasti Abbasiyah dan Andalusia.Ilmu diangkat dan dibukukan supaya menjadi rujukan masyarakat dan rakyat.Rakyat dididik untuk mencintai kembali ilmu dan pemerintahan dijalankan mengikut contoh yang baik dari luar.

Menurut penulis,Paris merupakan sebuah bandar yang bersih,penduduk yang mesra dan menghormati orang lain walaupun berlainan agama.Sejak zaman ni lagi,penduduk Perancis majoritinya beragama Kristian tapi pada zahir je.Dia semua tak amalkan pun sangat ajaran agama yang sebenar.

Petua penulis atau amalan pengembara dan ulama zaman dulu untuk mengelakkan mabuk laut adalah meneguk air laut yang masin tu dari telapak tangan.Kalau ada sesiapa nak buat,silakan.Yang penting,aku tak nak.Hahaha..

Ombak memang bergelora teruk,tapi penulis dikuatkan semangat dengan kata-kata hikmah ni,
“bahaya menimpa sesiapa yang berlayar di lautan,dan yang lebih bahaya ialah orang yang berada di samping raja tanpa ilmu dan bijaksana”.

Perbahasan tentang hukum kuarantin dah wujud pada waktu ni.Menurut al-Sheikh al Manai,seorang guru di masjid al-Zaytun,hukum kuarantin adalah haram.Manakala al-Sheikh Muhammad Al-Bayram,seorang mufti yang bermazhab Hanafi,hukum kuarantin adalah harus malah mewajibkannya.Dua-dua ulama ni bukan keluar fatwa secara semborono je.Semua hujah disokong oleh dalil yang diambil oleh Al-Quran.

Zaman ni orang Perancis dah ada adab dan tatacara di meja makan.Jamuan makan akan diakhiri dengan hidangan buah-buahan dan arak,tapi bukanlah diminum sampai tahap yang memabukkan.Dah selesai,lepak-lepak minum teh atau kopi mengikut kemampuan masing-masing.

Di kota Marseille,antara pengalaman penulis yang paling berharga adalah bertemu dengan golongan Muslim yang merupakan golongan minoriti.Ada yang dibawa keluar dari Mesir ketika masih kecil.Abd al-Al pula keluar dari Mesir ke Perancis.Duduk Perancis 15 tahun,elok je Islamnya.Tapi bila kahwin dengan perempuan Kristian,dia pun tukar lah agama.Tapi sebelum dia meninggal,dia ada berdoa supaya Rasulullah melindunginya.

Jacques Menou seorang komander Perancis yang berpura-pura memeluk Islam.Kahwin dengan seorang wanita yang bernama Zubayda.Bila balik je Perancis,apa lagi.Cabut lah topi Mesir tu,ganti pula dengan topi Perancis.Menou kekal duduk dengan isteri dia yang masih beragama Islam.Masalah timbul bila anak lelaki pasangan ni lahir.Zubayda tak bagi anak dia dibaptis dan tak nak anak dia ikut agama Kristian.Datang Menou ni,pergi lah dapatkan seorang yang pandai dalam bahasa Arab iaitu Mr Baron de Sacy.Mr Baron telah menterjemah ayat dari Surah Al-Baqarah ayat 62.Akhirnya,si isteri berjaya diyakinkan dan menganut agama Kristian sehingga kematiannya.

Penduduk Paris walaupun beragama Kristian tetapi berbeza dengan Kristian Kibti Mesir.Penduduk awam Paris ni kebanyakannya pandai membaca,menulis dan tidak terpengaruh dengan tradisi lapuk.Semua ilmu dibukukan dan menjadi satu kemestian untuk rakyat tahu membaca supaya kemahiran dapat diturunkan kepada generasi yang seterusnya melalui penghasilan buku.Daya pemikiran mereka yang sentiasa mahukan pembaharuan,termasuklah dari segi fesyen.Iya,zaman ni lagi Paris adalah kota fesyen dan wanita-wanitanya sentiasa tampil dengan sesuatu yang cantik dan elegan.

Dari segi peranan wanita,kelebihan tetap pada wanita Mesir.Walaupun wanita Mesir tak moden seperti wanita Paris,namun dari nilai perhubungan dan kesetiaan,wanita Paris memang agak tidak setia.Tapi bagi golongan atasan dan golongan bawahan sahaja.Golongan pertengahan dia,ok.Masih mengamalkan nilai setia dalam perhubungan.

Sebenarnya,ulasan aku ni baru masuk muka surat yang ke 27 daripada 304 muka surat.Terlalu banyak kebaikan dan input dari Kota Paris dalam buku ni yang memang bagus untuk kau semua baca sendiri.Kau kena baca sendiri penulis cerita tentang sistem pendidikan,geografi dan jugak banyak lagi tentang Paris ni.Aku dah surrender ni.Nak pergi cari Nescafe O 😁.

Dalam buku ni jugak ada banyak kata-kata hikmah dan penyair.Apa yang aku kongsi tu sebenarnya apalah sangat.Banyak lagi yang boleh kau buat sebagai pembakar semangat.

#imamdikotaparis
#siripencerahanselangor
#ibde

imam di kota paris.jpg

Advertisements

Putera Gunung Tahan: Ishak Haji Muhammad

PUTERA GUNUNG TAHAN.jpg

Buku ni dibaca sempena bulan kemerdekaan dan Sukan SEA.Menurut penulis,buku ini ditulis sebagai alat perjuangan menuntut kemerdekaan,keadilan dan menghalau penjajah.

Walaupun buku ni ditulis pada tahun 1937,situasi dan masalah yang sama masih lagi dihadapi oleh bangsa Melayu.Penggunaan pengaruh keturunan untuk mendapatkan kuasa,bermuka-muka,menganiaya sesama sendiri dan makan suap masih lagi merupakan faktor yang menyumbang kepada kekalahan bangsa Melayu kepada penjajah.Sebenarnya faktor-faktor ni dah lama Abdullah Munshi tulis dalam buku Hikayat Abdullah.Tapi tulah..Sejarah sentiasa akan berulang jika manusia tidak pernah belajar dari sejarah.

Kepada Tuan Robert,lain kali dengar kata orang tempatan.Jangan ikut kepala sendiri.Bak kata perempuan tua atau lebih dikenali sebagai mak,”Masuk kandang harimau menguak,masuk kandang kambing mengembek.”Kalau pepatah bahasa Inggeris pulak,”Bila pergi ke Rom ikut dan buatlah seperti orang Rom.”

Ilmu yang ada kat dunia ni macam-macam.Kau dah kenapa Tuan Robert,siap perlekeh ilmu orang Asli Sakai tu.Dahlah kaum tu siap lantik kau jadi Tok Batin Putih.Yang paling tak tahan,siap nak ajarkan orang agama Kristian.Kan mak dah marah.Dan itulah permulaan kepada kehidupan malang Tuan Robert sehingga membawa kepada kematiannya.Terlalu memandang rendah pada manusia yang lain,tamak dan berlagak pandai.

Mak mewakili watak seorang bangsa Melayu yang telah dikhianati oleh bangsanya sendiri.Ditinggalkan sendirian di dalam hutan ketika sedang sakit mahu melahirkan anak dan penderitaan tersebut bertukar menjadi trauma hingga hilang kepercayaan terhadap bangsa sendiri.Bagi aku,mak ni seorang yang mengenang budi.Setia kepada orang Asli Sakai yang telah menyelamatkannya di hutan 30 tahun yang lampau.

Tuan William..Ingatkan baik sikit dari Tuan Robert,rupa-rupanya dua kali lima.Tetap tamak,tak mengenang budi dan bajet bagus.British lah yang baik,yang mengajar Melayu menjadi bangsa yang lebih bertamadun.Yang Melayu pulak,tak sedar diri.Propaganda penjajah adalah,kau punya cara hidup mesti sama macam mereka.Tinggalkan semua tentang adat resam Melayu dan cara hidup Melayu.Barulah dikatakan sebagai bangsa yang moden dan hebat.

Buku ni sebenarnya patut dibaca oleh semua budak Melayu.Hikayat Melayu mahal harga dia.Asal usul sesuatu tempat tu bukannya diberi semata-mata kerana nama orang yang berjasa.Mesti ada sejarah di sebalik pemberian nama tempat tu.Sebagai contoh,nama Lubuk Rakit.Ada dicerita dalam buku ni,aku dah tak larat nak tulis.Macam panjang pulak kali ni 😁.

 

 

The Magic Library (Perpustakaan Ajaib Bibbi Bokken): Jostein Gaarder & Klaus Hagerup

Buku yang ditulis oleh Jostein Gaarder dan Klaus Hagerup.Mr Jostein tu penulis buku Dunia Sophie,buku yang memakan masa berbulan-bulan untuk aku habiskan.Tu pun tak semua nama dan konsep dalam buku tu yang aku faham 😅.Satu hari,di kala kehidupan sudah kembali menjadi tenang memang buku tu akan diulang semula pembacaannya.

Buku ni bukan setakat buku penyiasatan dan misteri.Tetapi dalam buku ni juga ada diceritakan tentang ‘Diari Anne Frank’.Cita-cita dia nak jadi penulis lepas perang tamat,tapi tak kesampaian.Anne meninggal dua bulan sebelum perang tamat.Tetapi..Sebenarnya hasrat Anne Frank untuk menjadi seorang penulis,malah penulis yang terkemuka di dunia termakbul selepas kematiannya.Melalui diari tulah,penulisan Anne telah dialih bahasa ke dalam pelbagai bahasa di dunia ni.Menurut Anne “Dia nak menulis dan berbincang dengan diri sendiri tentang apa yang muncul dari dalam jiwa.Lagipun..Kertas kan lebih sabar dari manusia”.

Pengelasan Perpuluhan Dewey:Merupakan sistem yang dicipta oleh Melvill Dewey pada tahun 1878.Merupakan sistem pengelasan perpustakaan terawal di dunia dan telah diguna pakai di 135 buah negara di seluruh dunia.Antara contoh sistem pengelasan Dewey:

*00-199:Falsafah dan Psikologi
*200-299:Agama
*300-399:Sains Kemasyarakatan
*400-499:Bahasa
*500-599:Sains tulin dan Matematik
*600-699:Teknologi
*700-799:Kesenian
*800-899:Kesusateraan
*900-999:Geografi dan Sejarah
———–[Dipetik dari Wikipedia]————-

Roald Dahl pun diperkenalkan dalam buku ni.Penulis buku seram fantasi kanak-kanak yang sangat popular di seantero dunia dengan buku beliau yang bertajuk ‘The Witches’.Seorang perempuan yang kelihatan seperti sangat mencintai kanak-kanak tetapi sebenarnya merupakan seorang penyihir yang ingin membasmi kanak-kanak dengan cara mengubah mereka menjadi tikus.

Banyak lagi yang menarik.Tapi sebagai kesimpulan,dengan menggunakan 26 huruf sahaja kehidupan kita dapat diperbaiki dengan penciptaan tulisan dan seterusnya menghasilkan buku-buku yang sampai kiamat pun kita tak akan dapat menghabiskan pembacaannya.

Kalau rasa nak beli,sila dapatkan dari Di Warung Buku

#josteingaarder#themagiclibrary

the magic library

Rindu Itu Cinta:Rose Harissa

Novel cinta pertama yang dibaca untuk tahun 2017 ni.Aku puas hati je baca buku ni.Memang Rose Harissa ni antara penulis novel cinta yang aku tak akan teragak-agak untuk beli karya beliau.

Hero yang bernama Al-Hadi merupakan seorang pemuda yang sempoi walaupun bermata keranjang dan agak miang.Bila dia tahu siapa sebenarnya Anissa,barulah sisi kematangan dan sikap bertanggungjawab tu menyerlah.Hero yang bukan anak orang kaya dan bukan CEO antara faktor kenapa aku suka mamat ni.Barulah nampak realiti kehidupan tu kat Malaysia sikit 😂.

Heroin pulak agak kesian.Hidup penuh dengan pancaroba.Bak lirik lagu Azian Mazwan Sapuan,”Waktu kecik kau ditimang ibu,dewasa mu dipukul gelombang.”Memang dipukul ombak habis kehidupan Anissa ni.Padanlah dia ada perangai meluat dengan lelaki terutama sekali lelaki Sarawak.Tapi setiap dugaan yang Allah turun tu,akhirnya diselitkan jugak dengan kebahagiaan.Pertama kali dapat mak mertua,macam watak ‘Ibu Mertuaku’.Tapi kali kedua,memang tak rugi dia pilih Al-Hadi tu.

Kalau nak dibandingkan dengan buku-buku penulis yang lain,bagi aku pilihan pertama tetap ‘Guy Next Door’ 😘.Walau macam manapun,buku ni tetap terbaik untuk dijadikan koleksi.Bagi aku,Rose Harissa jarang mengecewakan.

#roseharissa#rinduitucinta#kakinovel
rindu itu cinta

Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang: ZF Zamir

Buku ni bagus untuk diberi kepada para mahasiswa dan mahasiswi.Tapi aku rasa lagi bagus kalau mereka dapat baca lagi awal kot.Sebabnya buku ni akan menjadikan mereka mahasiswa yang bukan setakat tahu belajar untuk mendapatkan ‘A’ sahaja.

Buku yang dibaca untuk mengajar manusia kembali menjadi manusia.Menyedarkan manusia yang hidup ni manfaatnya hendaklah dikembalikan kepada masyarakat.Bukannya yang menang akan menindas yang di bawah.Sebaliknya manusia akan saling tolong-menolong.

Mahasiswa seharusnya menjadi lebih kreatif.Bukannya terlalu bergantung pada kerajaan.Tugas mahasiswa susah sebenarnya.Kalau tak suka pada kerajaan,bersatulah untuk menjadikan ilmu sebagai alat untuk menentang.Bukannya bertempur secara sembrono.Tak suka pada PTPTN?Tak mengapa.Tapi kenapa masa perhimpunan menolak PTPTN haritu hanya 0.2 peratus sahaja pelajar yang turun?Mana pelajar yang lain?Bila jadi macam ni,dah semestinya aku pun akan berfikir yang mahasiswa kita ni masih lagi tak berani untuk berdikari.

Aku paling suka bila penulis beritahu yang ayah beliau merupakan guru perpustakaann dan melalui tugas ayah beliau tulah kecintaan beliau pada buku bermula.

Ni je yang aku mampu ulas.Sebenarnya banyak lagi info tentang buku ni yang menarik,tapi aku dah tak ada idea.Mood nak berjalan tengah menunggu 😅.

#dubookpress
#sekolahbukanpenjarauniver sitibukankilang

sekolah bukan penjara

Cikgu Kampung:Shahidan Shuib

Untuk pengetahuan semua,jangan cari buku ni di kedai buku Kinokuniya dan Times.Tak ada lagi di pasaran.Aku beli buku ni kat kedai buku Popular.Masa balik kampung minggu lepas.

Buku ni mengandungi 47 cerita pendek atau anekdot.Cerita yang ke 46 bertajuk 'Guru Murabbikah Kita' pernah tersiar dalam page Vocket tahun lepas.Artikel yang memberi peringatan kepada kita tentang beratnya tugas seorang guru.Bukan setakat memastikan pelajar mereka berjaya di dunia,tetapi yang paling penting adalah memastikan pelajar tersebut mendekatkan diri kepada Tuhan.

Buku ni tentang kehidupan.Kehidupan di kampung yang institusi perguruan masih lagi dihormati.Bila seorang ustazah dihina dengan kata-kata carutan oleh para pelajar yang sedang bergaduh,muncullah seorang pembela yang sanggup mempertahankan maruah ustazah tadi.Menurut si pembela,jangan sesekali dihina ustazah tu.Melalui ajaran ustazah tulah,dirinya dapat mendirikan solat dan mengenal ilmu agama.Yang aku kelakar tu,tau pulak budak-budak tu pergi sembunyikan diri bila pakcik tu datang.Ingat macho sangat sampai keluar carutan tu semua 🙊.

Bab awal pun dah boleh buat kita menangis sebenarnya.Majoriti budak-budak ni bukannya dari keluarga yang senang dan mangsa penceraian mak ayah.Tak pasal-pasal kena balik kampung duduk dengan atuk dan nenek.Tahap stress dia semua lain macam dan secara tak langsung mempengaruhi cara pemikiran,sikap dan keupayaan untuk belajar.Yang lebih malang,ada yang tak pandai membaca walaupun dah nak ambik UPSR.Jadi,kepada semua ibu bapa sebelum nak bercerai tu tolonglah ingat sikit anak-anak.Kesian kat budak-budak tu.Emosi tak stabil.

Cerita nombor 12 kelakar.Budak-budak ni semua kena tulis karangan bertajuk 'Jika Aku Seorang Jutawan'.Macam-macam versi cerita budak-budak tu semua.Ada yang versi matang dan beriman.Tapi ada jugak versi budak-budak yang masih makan lollipop.Dah kenapa kau dik kecik-kecik lagi dah berangan nak pinang tuan puteri,beli alat solek banyak-banyak dan belikan bulu mata palsu satu almari dengan harapan isteri kau tu bukan tuan puteri yang hodoh?Dik..Kau tahu tak makna isteri tu apa?Ke kau main sebut je perkataan isteri tu 🤣🤣!

Kepada penulis..Pengalaman cikgu luar biasa.Teruskan menulis supaya kami di luar dapat mengambil kebaikan lagi.Buku cikgu ni bagus.Banyak kebaikan yang saya boleh dapat.Cuma tak larat nak ulas.Dah lewat malam.Esok saya kerja lagi 😁. Shahidan Shuib

#cikgukampung
#mustread
#shahidanshuib
#goodreadsmalaysia
#goodreads2017readingchallenges

Ulasan Buku:Anuar Manshor

Buku yang diterbitkan oleh ITBM ni ada 194 muka surat.Memuatkan ulasan buku dari pemenang-pemenang Peraduan Ulas Buku di ITBM sepanjang tahun 2010-2016.

Membaca buku ni telah membuatkan aku berasa kerdil sekali.Sebabnya bahasa,ilmu dan ulasan yang ditulis sangat bagus.Pemenang ni semua buat ulasan je,tapi ketinggian ilmu mereka tu telah membolehkan mereka membuat perbandingan fakta dan isi yang sedang dibaca dengan buku yang lain.Dah lah panjang ulasan tu semua.Terasa seperti membaca beberapa buah buku walaupun hanya dari ulasan sebuah buku sahaja.Memang para pemenang tu semua layaklah menang.Salut..

Dua buah buku yang aku dah baca pun antara yang diulas oleh para pemenang iaitu 'Ibnu Khaldun-Riwayat Hidup dan Karyanya' dan 'Dunia Sophie'.Memang rasa kejung jugak muka nak tahan perasaan malu tu.Sangat bagus kalau dibandingkan dengan ulasan aku yang ikut suka hati ni.Ibarat Beauty and The Beast.Aku yang the Beast tu 😅.

Walau pun begitu, aku suka dengan idea CEO ITBM ni.Menurut beliau,setiap ulasan buku walaupun teruk hakikatnya sangat penting untuk membuktikan yang sekurang-kurangnya ia telah dibaca,ditelaah dan dikaji dengan mendalam oleh pengulasnya.Sangat memberi motivasi kepada homo sapiens yang lain seperti aku ni.

Tip yang paling berguna dari mantan Pengarah Penerbitan DBP ,"Tulis ulasan sebaik sahaja kita habis membaca buku.Jangan biarkan ia dingin.Semakin lama kita biarkan,semakin susah untuk kita menulis."

Ni je yang aku mampu tulis untuk buku ni.Bila baca tulisan orang yang hebat,tangan dan otak aku kelu untuk berfikir dengan lebih sempurna 😅.

#ITBM
#ulasanbuku
#goodreads2017challenge
#goodreadsmalaysia